.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

.:Warkah Hati:.

Bismillah.
Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku,
Dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

Hijrah*
Maka ana melihat, hijrahkan diri kita daripada nafsu yang melalaikan juga wajib.
Melihat kepada perlunya entri ini,
Ana menulis demi mencari redhaNya,
Dihadiahkan warkah hati ini pada jiwa- jiwa yang gelisah,
Moga dapat diterjemahkan rasa hati, cukuplah Allah saja yang mengetahui segala isi hatimu,
Tenanglah wahai hati, sesungguhnya Allah telah menjanjikan yang terbaik buatmu.

...:Warkah Hati:...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah, saksikanlah bahawa aku telah berjuang untuk mentaati perintahMu,
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui
segala yang zahir mahupun yang tersembunyi,
Hanya padaMu jua tempat aku kembalikan segala urusan.

Demi Allah, aku telah pun memaafkan dia dengan sebenar- benar maaf,
Kerana aku tahu hanya dengan sebuah kemaafan
aku mampu memiliki mahligaiMu di syurga,
Maka dengan itu, aku mohon Kau bukakanlah pintu hatinya
untuk benar- benar memaafkan aku
serta memaafkan juga hati- hati yang pernah melukainya.

Ya Allah, kini aku titipkan dia pada Engkau,
Jika benar dia tercipta untukku,
Maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku
di saat aku telah benar- benar bersedia untuk itu,
Namun, andai dia bukan jodohku,
Maka damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
Aku yakin Kau telah mengaturkan yang terbaik untukku.

Ya Allah, aku tak mahu hadirnya aku menjadi pelemah imannya,
Aku takut dengan adanya aku, akan menggantikan tempatMu dihatinya,
Aku tak sanggup melihat seorang mujahid gugur hanya kerana godaan nafsu,
Maka dengan ini, aku relakan dia pergi demi mencari redhaMu.

Ya Allah, jadikanlah dia pejuang agamaMu,
Yang sentiasa berani menegakkan kalimahMu,
Sibukkanlah hatinya dengan sentiasa mengingatiMu,
Jadikanlah dia khalifah yang sentiasa memikirkan masalah ummah.

Ya Allah, Kau thabatkanlah dia pada jalanMu,
Kuatkanlah hatinya agar dia tidak mudah futur daripada perjuangan ini,
Aku telah merelakannya keranaMu,
Aku tahu perjuangan ini pahit,
Namun andai inilah pengorbanan yang perlu dibayar untuk syurgaMu,
Dengan rendah hati aku pasrah atas segala ketentuanMu,
Kurniakanlah dia isteri yang solehah daripada keturunan yang baik,
Yang akan menjadi ketua bidadarinya di syurga kelak.
Moga Engkau redha, Ya Allah.
Amin.

*******************************************************************************************
Duhai Hawa, akurlah bahawa rasa cinta itu fitrah,
berdosa jika kita menolaknya
kerana ia datangnya daripada Allah,
dan hadirnya tanpa dipaksa,
tapi lebih BERDOSA lagi
jika kita salurkannya pada jalan yang salah, kan?
cinta- cinta jugak, tapi..
eh,eh, dah cukup ke cinta kita pada Allah? emm..
no worries, you're not alone, ALLAH kan ada? :)

*p/s : jangan bagi surat ni pada si dia, tapi simpan, simpan dalam hati dalam-dalam, kalau perlu, rebus buat air, lepas tu, minum buat ubat..hehe, gurau je.. :)

Ni baru la cinta kita, :)

Kalimah Cinta- In- Team

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Hadirnya aku nanti biarlah sebagai sayap kiri perjuangannya..

*Selamat Bermujahadah*




0 comments:

.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.