.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

..:Antara Dua Marhalah:..


Malam itu sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik. Farisya masih lagi melayan perasaan. Sebak di dadanya sedaya upaya ditahan, terasa amat sakit sekali. Air mata yang sedari tadi bertakung di tubir mata dibiarkan mengalir. Semakin lama, semakin deras membasahi pipi. Alunan nasyid ‘Dust Is My Bed’ menjadi penemannya tika itu, cukup syahdu dan menusuk kalbu. Terbayang sekujur tubuhnya sedang dihimpit separat- rapatnya oleh tanah keras. Sesekali dia menjerit kesakitan. Peluh dingin memercik tatkala terbayangkan siksaan yang bakal dihadapinya dalam daerah yang penuh dengan kegelapan dan kesengsaraan itu. Walaupun nasyid itu dalam bahasa Arab, namun ia dengan mudahnya dapat diterjemahkan ke dalam hatinya. Tiap-tiap bait nasyid itu begitu memberi kesan yang sangat mendalam buat dirinya. Diri yang menginsafi perbuatan yang telah menzalimi diri sendiri. Diri yang dirasakan amat berdosa dan hina. Farisya menghela nafas panjang sambil matanya terpejam rapat. Kenangan silam satu persatu bermain di benaknya. Begitu sukar untuk dia menguraikan segala-galanya.

“Argghh..Isya…kau memang bodoh!”. Dia menghantukkan kepalanya ke dinding konkrit biliknya saat terbayangkan perbuatan jahilnya sewaktu di alam persekolahan dahulu. Hidup bergelumang dengan dosa. Hidup yang dirasakan seolah-olah tiada akhirnya, hanya memikirkan keseronokan yang sementara tanpa menyedari hakikat diri yang akan hancur binasa suatu saat nanti. Dosa- dosanya dirasakan tinggi melangit. Adakah masih diampunkan?? Berkali- kali dia cuba mengingatkan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun. Dosa yang mungkin remaja kini menganggapnya satu kebiasaan, tapi tidak sesekali baginya. Hampir setahun dia cuba melupakannya, namun ternyata ia hanyalah usaha yang sia-sia. Dan memori hitam itu, biarlah hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Kegelapan malam semakin memekat. Bulan dan bintang yang pada awalnya menerangi segenap alam semakin hilang dari pandangan, kabur dilitupi awan. Sekabur pandangannya terhadap bulan dan bintang tersebut, sekabur itu jugalah yang dirasakan dengan jalan hidupnya. Kadang- kadang dia sendiri masih keliru dengan jalan yang dia pilih. Jalan yang terbentang di hadapannya bukanlah mudah untuk ditafsirkan. Dia harus melihat penghujungnya. Jalan yang di akhirnya dijanjikan dengan nikmat dan kebahagiaan hakiki, namun dipagari dengan kesengsaraan. Penuh dengan onak dan duri. Jalan yang lainnya digambarkan dengan pengakhiran yang binasa, namun dihiasi dengan keseronokan. Penuh dengan godaan yang mampu membuatkan dia tersungkur jika tidak dikuatkan iman. Tika itu, dia teringat akan firman Allah dalam Surah As-Syams, ayat 8-10,

“ maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”.

Lantas, dia terus membuka helaian kitab suci al-Quran dan mengamati setiap ayat dalam surah as-Syams. Air matanya mengalir lagi. Air mata keinsafan dan keharuan. Jiwanya terasa amat tenang dan damai sekali setelah ayat- ayat keramat itu dihayati. Ketenangan yang belum pernah dimiliki sebelum ini. Hebatnya kuasa Allah melimpahkan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan kini, dia semakin yakin dengan jalan yang dipilihnya.

Farisya membuang pandangannya jauh-jauh ke luar tingkap. Dia sedar dia kini bukan lagi dirinya yang dulu. Diri yang semakin menyedari hakikat maruah seorang wanita yang tidak boleh dijual beli, terlampau mahal harganya. Diri seorang hamba yang hanya menggantungkan harapannya hanya kepada Penciptanya. Perubahan drastik yang berlaku terhadap dirinya bukanlah mudah untuk diterima oleh orang di sekelilingnya. Dia merasakan satu batu besar sedang menghempap dirinya. Ya, bukan mudah untuk dia hadapi semua ini. Mujurlah masih ada teman yang memahami. Kerap kali sejadahnya banjir dengan air mata. Hanya pada Allah tempat untuk dia mengadu kerana hanya Dia yang Maha Mengerti segala isi hatinya. Farisya nekad. Dia berazam yang dia tidak akan berpatah kembali. Biarlah seperit mana pun yang harus ditelan, dia tetap harus melangkah tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Jika inilah harga sebuah pegorbanan yang harus dibayar demi sebuah kebahagiaan yang hakiki, dia rela. Moga Allah menetapkan dia di jalan ini.

“Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan. Yang berlalu, jadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak berulang lagi. We are not we in the PAST, but we are what we are TODAY”. (^_^)

.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.