.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

..:erti cinta sebenar:..


Dalam memburu cinta, manusia sering tersasar daripada landasan yang sebenar. Ramai yang mengatakan bahawa mereka bahagia apabila bercinta, namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Tatkala perpisahan menjadi jalan terakhir kepada sebuah percintaan yang dahulunya dirasakan indah, kini berubah menjadi luka berdarah yang merobek hati. Luka yang sukar untuk diubati. Segalanya berubah. Andai dahulunya bahagia, kini terpaksa menanggung derita dan sengsara. Jikalau dahulunya gembira, kini bertukar menjadi kecewa. Begitu peritnya yang harus ditanggung. Dunia seolah-olah gelap dan suram lantaran tiada lagi cahaya kebahagiaan yang mampu menerangi kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibir. Hari-hari yang berlalu terasa kosong, sekosong hati yang hancur berkecai. Kesedihan menyelubungi segenap ruang kehidupan.

Perlukah ditangisi perpisahan? Sedangkan kita sedar bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan pasti menuntut perpisahan. Bahkan setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Suka untuk ana petik kata-kata daripada Ustaz Hasrizal, "begin with the end in your mind". Setiap perkara yang ingin kita lakukan haruslah ditentukan penghujungnya. Andai cinta halal yang dibina bertujuan untuk menggapai redha Illahi, insyaAllah pasti akan temui kebahagiaan. Andai sebaliknya, mungkin saja perpisahan menjadi kesudahannya. Jadi mengapa harus memulakan jika takut untuk diakhiri? Perpisahan pasti akan terjadi, cuma yang membezakan hanyalah cepat atau lambat.

Kita seharusnya sedar bahawa orang yang kita cintai bukanlah sepenuhnya milik kita. Hati mereka milik Allah. Dialah yang berkuasa untuk membolak-balikkan hati hambaNya. Jika Allah berkehendak, perasaan cinta itu akan hilang. Saat itu, kita tidak dapat menyangkal takdir Allah bahawa kita harus bersedia untuk kehilangannya. Tidak perlu bersedih atas perpisahan yang berlaku kerana pasti tersembunyi hikmah yang besar. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita atau mungkin saja Allah ingin gantikan dia dengan insan yang jauh lebih baik untuk kita. Bersabarlah kerana sabar itu indah, didikan terus daripada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar. La tahzan, innalaha ma'ana (jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita).

Sebenarnya, masih ramai manusia yang menyalahertikan definisi cinta yang sebenar. Kita menyangkakan bahawa cinta hanyalah untuk manusia. Di sinilah silapnya kita. Cinta diserahkan seluruhnya kepada manusia sehingga kita lupa kepada hakikat cinta yang sebenar. Kita leka, hanyut dan lalai dalam cinta palsu manusia. Kita terlena dengan janji-janji manis manusia. Kita tertipu dan terperangkap dalam cinta dusta manusia. Pernahkah kita sedar? Cinta seharusnya diletakkan yang utama kepada Yang Maha Pencinta. Itulah cinta yang hakiki. Sedarkah kita bahawa cinta kapada manusia bisa mengecewakan jika tidak diletakkan pada yang hak, namun cinta kepada Allah tidak pernah mengecewakan. Ayuh, bangkitlah. Tidak perlu tergesa-gesa mengejar cinta manusia. Cintailah ALLAH, nescaya cinta pasangan soleh akan turut kita miliki. Burulah cinta Allah, pasti kebahagiaan menanti di sana. Andai saja manusia tahu betapa nikmatnya jika kita dapat memiliki cinta Allah. Alangkah indahnya andai manusia benar-benar mengerti apa itu erti cinta sebenar.....


Pernah hatiku luka pedih

Kerana dicalari cinta penuh duri

Lemas aku dalam dilema

Kata janji manis sungguh tak bermakna


Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih

Walau ke dasar lautan sanggup ku selami

Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa

Kau sebutir pasir tak berharga


Demi cinta yang suci

Ku rela korbankan kepentingan diri

Demi sinar bahagia

Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa


Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci

Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri

Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya

Menyubur iman di dalam jiwa


Demi cinta yang suci

Ku rela korbankan kepentingan diri

Demi sinar bahagia

Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Demi cinta hakiki

Ku sanggup redahi apa yang terjadi


Apalah erti cinta suci

Andai janji-janji sering dimungkiri

Apalah erti cinta murni

Andai kata-kata sering didustai...




..:wanita yg lebih baik drp bidadari:..



Wanita yg ada sekarang di dunia ini mungkin saja menjadi lebih baik drp bidadari di syurga. Dari riwayat Ummu Salamah dlm hadis yg cukup panjang, dia berkata, " Wahai Rasulullah, beritakan kepadaku tentang firman Allah yg berbunyi, Uruban Atraabaa ( al-Waqi'ah: 37 ). " Lalu Rasulullah menjawab, " Mereka adalah para wanita dunia yg meninggal dunia pd umur tua renta, lalu di akhirat Allah SWT akan menciptakan mereka kembali sebagai perawan. Maka kata Uruban adalah wanita-wanita perawan yg menarik, sedangkan makna kata Atraban, adalah wanita-wanita yang berumur sama. "

Kemudian aku bertanya lagi, " Wahai Rasulullah, apakah wanita dunia lebih baik drp bidadari syurga? " Rasulullah menjawab, " Wanita dunia lebih baik drp bidadari, seperti perbezaan antara baju bahagian luar dengan baju bahagian dalam. "

Aku tanya lagi, " Wahai Rasulullah, mengapa boleh begitu? " Rasulullah menjawab, " Kerana solat, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Kemudian Allah akan menjadikan kecantikan wajah mereka seperti sinar cahaya, kehalusan tubuh mereka seperti sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, perhiasan mereka berwarna kuning keemasan, ikat rambut mereka dari mutiara, dan sisir rambut mereka dari emas. "

Kemudian wanita-wanita yg hadir ketika itu bertanya, " Apakah kami akan abadi dan tidak akan mati? Apakah kami akan selalu cantik jelita dan tidak pernah tua? Apakah kami akan hidup rukun damai dan tidak akan pernah diceraikan selama-lamanya? Apakah kami akan sentiasa sejahtera dan tidak akan pernah sengsara selamanya? Beruntunglah bagi lelaki yg di dunia kami menjadi isterinya dan dia menjadi suami kami di syurga kelak. "

Kemudian aku bertanya lagi kpd Rasulullah, " Wahai Rasulullah, seorang wanita di dunia boleh saja pernah berkahwin dua kali, tiga kali atau empat kali dengan lelaki yg berbeza, kemudian ketika wanita itu meninggal, dia masuk syurga dan begitu juga empat dengan suaminya, maka siapa yg akan menjadi suaminya di syurga nanti? " Rasulullah menjawab, " Wahai Ummu Salamah, akhlak yg baik itu akan disertai kebaikan ganda, dunia dan akhirat. "
( HR Thabrani )

" Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya. " ( Riwayat Imam Ahmad )

...drEAMz09...

..:::::TEPCES in memory:::::..

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya
Untuk menghadapi hidup
Limpahkan ma'firah
Dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera
Di dunia akhirat...


..:Hanyalah Untuk-Mu:..

Di malam ini..
Di musolla ini..
Aku meratap kesedihan..
Aku merenung sendirian..
DIA sajalah yang menemaniku..
DIA sajalah yang mengenangkanku..

Di malam ini..
Di musolla ini..
Aku memohon maghrifah-Nya..
Aku mengemis cinta-Nya..
Kerana aku seolah-olah sudah semakin menjauhi-Nya..

Tuhanku..
Jangan biarkanku lemas dalam dogengan palsu ini..
Jangan biarkan kejoraku hilang sinarnya..
Jangan biarkan ketenanganku diracuninya..

Tuhanku..
Sudah fitrahku sebagai makhluk yang diciptakan-Mu..
Dan sudah menjadi fitrah alam ini..
Ada siang, ada malam..
Ada bumi, ada langit..

Ada Adam, ada Hawa..

Namun, alangkah dhaifnya hidupku..
Alangkah kerdilnya diriku..
Mengerti makna sebenar cinta..

Wahai cinta Agung..
Ketuklah pintu hatiku selama-lamanya..
Kurniakanlah cintaku pada-Mu..
Kerana hidupku ini hanyalah untuk-Mu..

.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.