.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

.:Halalkah KITA??:.


Berjabat tangan.

Begitu sinonim dengan dunia sekarang, tak kira di US mahupun di Malaysia KITA sendiri.
Daripada golongan sederhana sehinggalah golongan atasan.
Remaja, dewasa, siapa-siapa sahaja tak mengenal usia.
Seakan-akan membudayakan dan mengiayakannya sahaja.
Di pentas, yang mungkin dianggap sebagai tanda penghormatan, bersalaman antara wanita dan lelaki ajnabi, tangan dihulur meraikan kemenangan, namun andai kesyukuran dira'ikan bersama kemaksiatan, berkatkah?
Tak salah jika ingin mera'ikan kesyukuran, tapi bukan itu caranya. Berkongsilah kegembiraan dengan jalan yang lebih mulia, yang dianjurkan agama.
Bukankah lebih gembira dan bahagia andai tangan yang dihulur itu disambut oleh saudara sejantina kita?
Dan lihatlah di sekeliling kita, remaja.
Bersentuhan kulit.
Nampak BIASA barangkali kerana ia sudah membarah menjadi keBIASAan.
Kenapa sehingga menjadi kebiasaan?
Kerana kita yang membiasakan.
Yang melakukan, tiada segan silunya lagi.
Bagaikan Allah tak melihat, umpama malaikat kanan dan kiri berhenti bekerja.
Mungkin itu anggapan mereka.
Dan yang melihat, tak mampu mencegah lagi, hanya membenci dalam hati.
Sampai bila lagi mata ini harus menanggung dosanya?

Wahai lelaki, peliharalah dirimu, jangan sampai wanita menjadi pelemah imanmu.
Duhai wanita, hindarilah dirimu daripada menjadi fitnah dunia, jangan hancurkan perjuangan mereka itu. Sesungguhnya mereka berperang dengan perasaan sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Hindarilah olehmu berkhalwat (bersunyi-sunyi diri) dengan wanita. Demi Allah yang jiwaku dalam kuasa-Nya, tidak ada lelaki dan wanita yang berkhalwat berdua saja, melainkan syaitan berada di antara keduanya. Seandainya seseorang berdesak-desakan dengan babi yang berlumuran tanah atau lumpur hitam yang busuk, itu malahan lebih baik baginya daripada bahunya berdesak-desak dengan bahu wanita yang tidak halal baginya”.

(Riwayat Thabrani)

Bagaimanakah pendapat kita apabila hukum syariat agama yang suci ini dibandingkan kepada berjabat tangan dan bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita ajnabi?


.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.