.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

..:erti cinta sebenar:..


Dalam memburu cinta, manusia sering tersasar daripada landasan yang sebenar. Ramai yang mengatakan bahawa mereka bahagia apabila bercinta, namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Tatkala perpisahan menjadi jalan terakhir kepada sebuah percintaan yang dahulunya dirasakan indah, kini berubah menjadi luka berdarah yang merobek hati. Luka yang sukar untuk diubati. Segalanya berubah. Andai dahulunya bahagia, kini terpaksa menanggung derita dan sengsara. Jikalau dahulunya gembira, kini bertukar menjadi kecewa. Begitu peritnya yang harus ditanggung. Dunia seolah-olah gelap dan suram lantaran tiada lagi cahaya kebahagiaan yang mampu menerangi kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibir. Hari-hari yang berlalu terasa kosong, sekosong hati yang hancur berkecai. Kesedihan menyelubungi segenap ruang kehidupan.

Perlukah ditangisi perpisahan? Sedangkan kita sedar bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan pasti menuntut perpisahan. Bahkan setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Suka untuk ana petik kata-kata daripada Ustaz Hasrizal, "begin with the end in your mind". Setiap perkara yang ingin kita lakukan haruslah ditentukan penghujungnya. Andai cinta halal yang dibina bertujuan untuk menggapai redha Illahi, insyaAllah pasti akan temui kebahagiaan. Andai sebaliknya, mungkin saja perpisahan menjadi kesudahannya. Jadi mengapa harus memulakan jika takut untuk diakhiri? Perpisahan pasti akan terjadi, cuma yang membezakan hanyalah cepat atau lambat.

Kita seharusnya sedar bahawa orang yang kita cintai bukanlah sepenuhnya milik kita. Hati mereka milik Allah. Dialah yang berkuasa untuk membolak-balikkan hati hambaNya. Jika Allah berkehendak, perasaan cinta itu akan hilang. Saat itu, kita tidak dapat menyangkal takdir Allah bahawa kita harus bersedia untuk kehilangannya. Tidak perlu bersedih atas perpisahan yang berlaku kerana pasti tersembunyi hikmah yang besar. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita atau mungkin saja Allah ingin gantikan dia dengan insan yang jauh lebih baik untuk kita. Bersabarlah kerana sabar itu indah, didikan terus daripada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar. La tahzan, innalaha ma'ana (jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita).

Sebenarnya, masih ramai manusia yang menyalahertikan definisi cinta yang sebenar. Kita menyangkakan bahawa cinta hanyalah untuk manusia. Di sinilah silapnya kita. Cinta diserahkan seluruhnya kepada manusia sehingga kita lupa kepada hakikat cinta yang sebenar. Kita leka, hanyut dan lalai dalam cinta palsu manusia. Kita terlena dengan janji-janji manis manusia. Kita tertipu dan terperangkap dalam cinta dusta manusia. Pernahkah kita sedar? Cinta seharusnya diletakkan yang utama kepada Yang Maha Pencinta. Itulah cinta yang hakiki. Sedarkah kita bahawa cinta kapada manusia bisa mengecewakan jika tidak diletakkan pada yang hak, namun cinta kepada Allah tidak pernah mengecewakan. Ayuh, bangkitlah. Tidak perlu tergesa-gesa mengejar cinta manusia. Cintailah ALLAH, nescaya cinta pasangan soleh akan turut kita miliki. Burulah cinta Allah, pasti kebahagiaan menanti di sana. Andai saja manusia tahu betapa nikmatnya jika kita dapat memiliki cinta Allah. Alangkah indahnya andai manusia benar-benar mengerti apa itu erti cinta sebenar.....


Pernah hatiku luka pedih

Kerana dicalari cinta penuh duri

Lemas aku dalam dilema

Kata janji manis sungguh tak bermakna


Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih

Walau ke dasar lautan sanggup ku selami

Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa

Kau sebutir pasir tak berharga


Demi cinta yang suci

Ku rela korbankan kepentingan diri

Demi sinar bahagia

Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa


Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci

Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri

Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya

Menyubur iman di dalam jiwa


Demi cinta yang suci

Ku rela korbankan kepentingan diri

Demi sinar bahagia

Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Demi cinta hakiki

Ku sanggup redahi apa yang terjadi


Apalah erti cinta suci

Andai janji-janji sering dimungkiri

Apalah erti cinta murni

Andai kata-kata sering didustai...




.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.