.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

.:Andai Ini Wasiatku:.

Bismillah.

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku,

dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

“Kerana takutkan lazatnya dunia, coretan ini dikongsi,

Moga dapat dijadikan peringatan bersama.

Mohon diingatkan andai diri ini terlupa.

Kerana manusia, fitrahnya begitu.

Terkadang, imannya rapuh,

Perlu ada yang menguatkan”.

Malam itu, matanya berendam dengan air mata. Entah apa yang difikirkan. Jiwanya kacau, perasaannya bercampur- baur. Nisa, gadis belasan tahun ini sering saja berperang dengan perasaan sendiri. Kadang- kadang otaknya letih untuk memikirkan,

“Nisa, sabarlah..” hatinya berbisik, memujuk diri.

Meskipun payah, Nisa tak pernah berputus asa. Dia tahu perbuatannya itu salah tapi apakan daya, kadang kala imannya tewas. Tewas pada nafsu yang mengasyikkan.

Hampir setiap hari dirinya cuba mencari kekuatan. Pelbagai cara dilakukan, cuba bergaul dengan orang soleh, melangkah ke surau untuk berjemaah, sertai usrah setiap minggu dan macam- macam lagi. Tapi hatinya bukan di situ, bagai ada yang menyekat.

Ya, memang ada yang menghalang. Nisa sedar, hatinya bukan terikat pada mereka dan mereka, tapi ‘dia’. Susahnya untuk mengakhiri bila dah memulakan.

Dia tak malu untuk mengaku yang dirinya sudah punya teman yang istimewa. Biasalah, gadis seusia ini, pasti ada rasa ingin menyayangi dan disayangi. Manusia, fitrahnya begitu. Tapi sayang, tersilap ‘landing’ rasa itu pada yang belum halal baginya.

“Amboi dik..sibuknya taip mesej..abang tahu la adik terlampau sayangkan si Rykal tu..tapi takkan la sampai tak nampak abang tercongok kat depan ni dari tadi haa!” Aliff, abang kandungnya, juga merupakan satu-satunya keluarga yang dia miliki sejak kematian ibu dan ayah tiga tahun yang lalu sekadar berbasa- basi.

“Abang ni cuma nak nasihatkan je..ye la..hari ni abang ada depan mata adik, adik buat tak nampak je..esok- esok kalau abang dah tak ada, baru la adik nak sayang abang pulak kan…” Aliff menyambung, mendalam maksudnya.

Nisa tersentak, menelan liur. Kali ini, dia kantoi dengan abangnya. Sedang dulu dia pernah berjanji untuk tidak berhubung lagi dengan Rykal. Apakan daya, susah untuk melepaskan.

“Ishh..abang ni..ke situ pulak..takkan abang pun nak tinggalkan adik jugak..” Nisa seakan tersedar. Kata- kata abangnya walaupun ringkas, kadang- kadang cukup mengusik jiwa.

Abang..adik tahu abang kecewa dengan sikap adik..tapi adik janji, ni last adik mesej dia..adik nak bagitahu dia, suruh dia setia tunggu adik..lepas tu, adik takkan contact dia dah..” Nisa cuba bersuara dalam pahit.

Air matanya tertumpah lagi. Segalanya dirasakan berat. Tubuh abangnya dirangkul erat, Selama ini, bahu abangnya lah yang menjadi sandaran untuk dia menangis. Dan Aliff, tak pernah jemu untuk mengingatkan adiknya, walau kadang- kadang dia sering tersinggung dengan sikap Nisa yang seakan tidak menghormatinya sebagai abang sejak dia couple dengan Rykal. Namun Aliff akur, dia harus sabar. Sabar dalam berdakwah.

Hari berlalu, dan Nisa tetap begitu. Bergayut dan berbalas mesej dengan Rykal. Nasihat abangnya semakin tidak dihiraukan. Dia lupa janjinya pada abangnya. Dan mungkin juga tanpa sedar, dia lupa janji dia pada Allah. Janji yang semua makhluk ikrarkan lima kali sehari.

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam”.

Lafaz inilah yang sering manusia ikrarkan di hadapan Allah setiap kali solat. Tapi mungkin lafaz yang hanya pada mulut, tak terkesan di hati. Buktinya, pada siapa hidup dan matinya diserahkan? Pada Allah? Atau pada Rykal?

Sehinggalah pada petang itu, dia mendapat berita bahawa abangnya dikejarkan ke hospital. Aliff terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanannya pulang dari Surau As- Syakirin, tempat dia sering solat asar berjemaah.

Nisa resah, hatinya tak henti- henti berdoa pada Allah agar abangnya selamat. Dia mula menyesal mengenangkan sikapnya yang kian berubah terhadap abangnya. Dia menyalahkan dirinya. Biasanya, dia akan mengikut abangnya untuk berjemaah sekali di surau. Tapi sejak hangat bercinta, langkahnya semakin jauh dari rumah Allah.

“Kalau la aku ikut abang ke surau...Padahal, abang dah ajak aku tadi..Allahu Allah….” Nisa ber’kalau- kalau’, namun ternyata sia- sia.

Setengah jam berlalu, dan akhirnya doktor yang merawat Aliff melangkah keluar dari bilik kecemasan, tempat Aliff dirawat.

“Maaf, kami gagal selamatkan pesakit. Banyakkan bersabar, Allah lebih sayangkan dia”. Doktor itu sedaya upaya bersuara walaupun berat.

Bagai tercabut jantung Nisa mendengar butir- butir kata doktor itu. Aliff, kini pergi meninggalkan dia keseorangan tanpa sempat dia memohon maaf atas dosa- dosa yang dilakukan. Pada siapa lagi tempat untuk dia menumpang kasih selepas ini? Kakinya lemah, dia jatuh terduduk dan akhirnya dia pengsan lantaran terlampau terkejut dengan kenyataan itu.

Urusan pengkebumian abangnya, Aliff Mujahid bin Harith akhirnya selesai. Segalanya berjalan dengan mudah dan lancar. Nisa juga sempat menatap wajah abangnya buat kali terakhir sewaktu arwah dikafankan. Tidak dinafikan, wajah abangnya bersih dan seakan tersenyum. Sudah bersedia untuk dijemput Illahi barangkali.

Seminggu berlalu, Nisa masih sangat terasa akan kehilangan abangnya. Dia menapak ke kamar arwah abangnya, sekadar mengubat rindu. Nisa terkejut apabila terjumpa sepucuk surat di dalam laci meja belajar abangnya. Air matanya begitu deras mengalir. Kali ini, tak tertahan lagi walau selama ini dia cuba menguatkan diri untuk menerima kepergian abangnya. Dia rindu. Rindu pada kasih suci abangnya. Jika dulu, pelukan hangat abangnya lah yang menenangkan dirinya. Tapi kadang kala, dia tidak menghargai kasih sayang Aliff padanya. Lebih sibuk melayan Rykal. Dia menyesal, namun apalah gunanya.

Buat adikku tersayang, Nisa Solehah binti Harith.

Sedarlah dia bahawa surat itu ditulis untuknya. Nisa membuka surat itu perlahan- lahan sambil dadanya menahan sebak. Tak sangka, arwah meninggalkan kata- kata terakhir untuknya sebelum meninggal dunia. Seperti tahu yang dia akan pergi meninggalkannya dan seisi dunia.

Bismillahirramanirrahim.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Bersaksikan Allah, abang amanahkan wasiat ini pada adik. Moga Allah redha.

Nisa Solehah binti Harith, saat adik baca surat ni, mungkin abang dah tiada lagi di sisi adik. Usahlah adik bersedih, kerana abang percaya jasad kita boleh dipisahkan, tapi bukan hati. Abang yakin, abang pasti sentiasa hidup dalam hati adik.

Adik, kalau lah adik tahu betapa sayangnya abang pada adik, mungkin adik tak sanggup nak serahkan kasih sayang adik tu pada orang lain, apatah lagi pada orang yang belum lagi halal untuk adik.

Abang faham naluri adik bergelora sewaktu usia adik di pertengahan remaja ni. Tapi kalau lah adik tahu betapa indahnya janji Allah pada hambanya yang bersabar, pasti adik tak tergamak untuk langgar perintah dan kewajipan kita pada Allah.

Adik, sebenarnya abang juga pernah alami apa yang adik lalui sekarang. Rasa ingin disayangi, itu fitrah. Malah dugaan abang, seorang lelaki yang berjiwa sepi jauh lebih hebat berbanding adik. Seorang mujahid itu akan tumbang pada godaan seorang wanita. Tapi tiap kali abang teringat azab Allah, abang takut. Tubuh abang menggigil, dan kerana itulah sampai sekarang abang takut untuk serahkan kasih dan cinta ini pada manusia, abang nak hadiahkan kasih abang hanya pada Allah. Dan kalau pun kasih ini tertumpah pada manusia, ia hanyalah pada adik, kasih yang terbina kerana Allah.

Adik, abang nak adik tahu yang adik adalah amanah Allah untuk abang. Kalau abang gagal mendidik adik, abang akan disoal di hadapan Allah nanti. Sebab itu lah abang rasa sakit tiap kali nampak adik jauh tersimpang dari landasan Islam. Mungkin pada adik, perbuatan tu biasa- biasa saja, tapi adik tak kesiankan abang ke? Seorang wanita itu mampu menarik lelaki ke neraka. Abang adalah pemimpin adik, bahkan abang lah wali adik setelah abah pergi meninggalkan kita. Jangan tarik abang ke neraka dik. Abang takut sebab abang akan dipertanggungjawabkan atas lalainya abang memimpin adik ke jalan Allah.

Adik, bantulah abang untuk lindungi kita sekeluarga daripada azabnya neraka Allah. Allah berfirman dalam surah At- Tahrim, ayat 6:

“Wahai orang- orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat- malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Kalau lah kita nampak papan tanda ni kat titian as- sirat nanti, apa yang kita mampu lakukan?

Adik, kalau lah adik tahu betapa berharganya nilai seorang wanita di mata seorang lelaki. Adik umpama mutiara yang tersimpan jauh di dasar lautan, hanya orang yang bertuah dapat memilikinya. Dan biarlah orang yang bertuah mendapatkan mutiara tu, seorang mujahid yang akan memimpin adik ke syurga Allah iaitu suami yang sah untuk adik, bukan ajnabi yang akan merosakkan kuntuman bunga yang adik pelihara selama ni. Jangan sampai gagak- gagak hitam itu menyedut madu adik. Jangan sampai tangan- tangan kasar itu melampiaskan nafsu mereka pada adik. Rugi dik.

Adik harus ingat, seorang wanita solehah itu sangat mulia di sisi Allah. Sangat disayangi oleh Rasulullah, bahkan sangat dicemburui oleh bidadari syurga. Adik tak nak ke rebut kesempatan ni Peluang hanya sekali je dik, kalau tak sempat nanti, macam mana?

Adik, dunia ni harus letaknya di tapak tangan saja, baru senang nak ditadbir. Jangan diletakkan di hati, bimbang kalau ia dicintai, rosak binasalah kita.

“Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah.” –Al- Fatir: 5

Adik, bukan senang nak berperang dengan nafsu ni. Tapi, abang yakin, lazatnya dunia ni mampu dihapuskan dengan sentiasa menginsafi diri kita. Banyak caranya:

1. Mengingati mati. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Rasulullah sendiri pun nasihatkan kita untuk perbanyakkan mengingati mati. Sesungguhnya, mati tu sangat hampir dengan kita. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput. Mungkin hari ni, mungkin esok. Allah tak cepatkan atau lambatkan walau sesaat pun. Dan kalaulah manusia tahu betapa azabnya seksa kubur, pasti semua hamba Allah tak akan pernah berhenti beribadat. Itulah hikmah Allah hijabkan suara kubur daripada manusia. Agak- agaknya la kan, saat roh kita dipisahkan daripada jasad, adakah dalam keadaan husnul khotimah? Atau suul khotimah? Kita selalu nak mati dalam iman, tapi cara hidup kita macam mana?

Di sini akhirnya tempat kita. Pilih lah kubur kita, nak yang berhawa dingin ke, nak yang menggelegak macam air mendidih?

2. Banyakkan zikir. Bukan hanya pada mulut, tapi pada hati dik. Zikrullah tu dapat hubungkan kita direct dengan Allah. Indah kan? Tapi ramai manusia tak tahu, lebih suka teringatkan makhluk berbanding Allah. Bukankah Allah dah kata, bila kita ingat Dia, hati kita akan menjadi tenang?

3. Bersunyi- sunyian dengan Allah, maksud abang, banyakkan solat malam, bangun tahajjud di waktu orang sedang nyenyak tiduk. Mengadulah segalanya pada Allah, bukan pada manusia yang bersifat binasa. Bukankah Allah sebaik- baik tempat kembali? Adik tahu tak, kenapa Sultan Muhammad Al- Fateh berjaya menawan Kota Constantinople? Rahsianya, beliau tak pernah tinggal tahajjud sejak akhir baligh sehinggalah ke akhir hayatnya. Itulah sumber kekuatannya. Hebat kan?

“Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” –Al- Muzzammil:6

Berkasih sayang dengan Allah. Bukankan lebih indah?

Adik, abang yakin adik kuat. Kita semua kena kuat walau seringkali kita rapuh. Rapuh dalam mengingatiNya. Allah tu Maha Pengampun dik. Mohonlan taubat pada Dia. Tagihlah cinta Allah. Hanya Dia. Adik, abang suka dengar satu lagu ni. Kalau adik rindu abang, adik dengar la lagu ni ye. Ni jugak sebagai ingatan abang untuk adik.

Rapuh- Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu.

Adik, kini abang titipkan adik pada Allah. Lepas ni, abang mungkin dah tak mampu jaga adik lagi. Dengan perginya abang, akan hilanglah satu sumber saham mak dan abah di kubur sana. Doa anak yang soleh. Abang nak adik sambung saham tu ye. Malah, laburkan lebih banyak lagi agar nanti saham mak dan abah berlipat ganda.

Jangan bimbang dik. Adik tak pernah sendiri. Allah kan ada? =) Walau abang tiada lagi di sisi adik, abang yakin kita sekeluarga akan bertemu lagi di sana nanti, syurga Allah yang maha luas. Abang tunggu adik kat sana taw. Dan untuk ke sana, adik mesti la buat persiapan cukup- cukup ye.

Andai Ini WASIATKU.

Bukan sebagai penutup bicara,

Hanya perjanjian penantian di sana.

Salam sayang dari abang.

Nisa terasa seolah- olah abangnya berbicara dengannya. Dia mengesat air matanya, kini dia rasakan ada satu kekuatan yang menyelinap masuk ke dalam segenap tubuh badannya. Dia berazam untuk berjumpa dengan abang, ibu dan ayahnya di syurga nanti.

Dan untuk itu, dia harus berjuang! Buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Harga sebuah syurga itu begitu mahal. Dan dia harus korbankan sesuatu demi mendapatkan sesuatu! Selamat tinggal Rykal. Selamat tinggal ‘lagho’. Nyah kau syaitan!

Final Destination, Heaven or Hell?

Pengemis cintaNya,

2.40 pagi,

Kamar Adibah, Baiti Jannati.

..:I Love You:..

Bismillah.
*5 December 2011*
Such a wonderful day.
And, exactly 29 years ago,
A red letter day happened.
I believe, it was the most romantic event ever!
And it was, subhanallah!
Let the picture speaks :)


29th anniversary at Mahkota Parade, Malacca
~sayang sampai syurga, insyaAllah ~

Mak, Abah, this post is specially dedicated to u.
No words to describe how much i treasure your love, your kindness, your patience,
And all your efforts you have done to raise me up.
May Allah redha both of you.
Looking at this pic, always makes my heart grows fonder,
Sometimes i even get jealous, aha!
And of course with your sincere love, here i am :)
Being so grateful to be your princess :)

Mak, Abah, i know i can't repay all your kindness,
But in my every single doa, i do pray for both of u.
And every single thing i do, i do it for you,
Cause i know, redha Allah depends on your redha.
And that's the main purpose i live, to seek the redha of Allah.
May i become a good daughter till my last breath.

"Oh Allah, have mercy on both of them (my parents) as they have brought me up (with love) from childhood".
(still remember my brother's advice: dik, bukan lepas solat je kita baca doa ni, tapi seeloknya setiap kali lepas azan, baca la, doakan mak, abah kita!)

Love them,
Respect them,
Pray for them,
NEVER hurt them,
As they are your mom and dad.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua- duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya walau perkataan "ah" sekalipun dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik".
{Al- Isra':23}

Hmm, see?
Allah asks us to obey our parents, rite?
Now, let us think back,
How many "ah", "alaa", "hishh", "argghh" that we have voice out towards them?
Astaghfirullah, we seek for Your Forgiveness Ya Allah..

Guys,
We don't even know how much time left for Allah lend us our parents,
Thus, love your parents while you still have the chance to kiss and hug them,
Show them your love before it is too late.

p/s: i love u, mom, dad!








.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.