.:BiSIKaN SeoRaNG WaNiTA:.

...world is just a dust if Quran is in our chest...

.:Warkah Hati:.

Bismillah.
Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku,
Dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

Hijrah*
Maka ana melihat, hijrahkan diri kita daripada nafsu yang melalaikan juga wajib.
Melihat kepada perlunya entri ini,
Ana menulis demi mencari redhaNya,
Dihadiahkan warkah hati ini pada jiwa- jiwa yang gelisah,
Moga dapat diterjemahkan rasa hati, cukuplah Allah saja yang mengetahui segala isi hatimu,
Tenanglah wahai hati, sesungguhnya Allah telah menjanjikan yang terbaik buatmu.

...:Warkah Hati:...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah, saksikanlah bahawa aku telah berjuang untuk mentaati perintahMu,
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui
segala yang zahir mahupun yang tersembunyi,
Hanya padaMu jua tempat aku kembalikan segala urusan.

Demi Allah, aku telah pun memaafkan dia dengan sebenar- benar maaf,
Kerana aku tahu hanya dengan sebuah kemaafan
aku mampu memiliki mahligaiMu di syurga,
Maka dengan itu, aku mohon Kau bukakanlah pintu hatinya
untuk benar- benar memaafkan aku
serta memaafkan juga hati- hati yang pernah melukainya.

Ya Allah, kini aku titipkan dia pada Engkau,
Jika benar dia tercipta untukku,
Maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku
di saat aku telah benar- benar bersedia untuk itu,
Namun, andai dia bukan jodohku,
Maka damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
Aku yakin Kau telah mengaturkan yang terbaik untukku.

Ya Allah, aku tak mahu hadirnya aku menjadi pelemah imannya,
Aku takut dengan adanya aku, akan menggantikan tempatMu dihatinya,
Aku tak sanggup melihat seorang mujahid gugur hanya kerana godaan nafsu,
Maka dengan ini, aku relakan dia pergi demi mencari redhaMu.

Ya Allah, jadikanlah dia pejuang agamaMu,
Yang sentiasa berani menegakkan kalimahMu,
Sibukkanlah hatinya dengan sentiasa mengingatiMu,
Jadikanlah dia khalifah yang sentiasa memikirkan masalah ummah.

Ya Allah, Kau thabatkanlah dia pada jalanMu,
Kuatkanlah hatinya agar dia tidak mudah futur daripada perjuangan ini,
Aku telah merelakannya keranaMu,
Aku tahu perjuangan ini pahit,
Namun andai inilah pengorbanan yang perlu dibayar untuk syurgaMu,
Dengan rendah hati aku pasrah atas segala ketentuanMu,
Kurniakanlah dia isteri yang solehah daripada keturunan yang baik,
Yang akan menjadi ketua bidadarinya di syurga kelak.
Moga Engkau redha, Ya Allah.
Amin.

*******************************************************************************************
Duhai Hawa, akurlah bahawa rasa cinta itu fitrah,
berdosa jika kita menolaknya
kerana ia datangnya daripada Allah,
dan hadirnya tanpa dipaksa,
tapi lebih BERDOSA lagi
jika kita salurkannya pada jalan yang salah, kan?
cinta- cinta jugak, tapi..
eh,eh, dah cukup ke cinta kita pada Allah? emm..
no worries, you're not alone, ALLAH kan ada? :)

*p/s : jangan bagi surat ni pada si dia, tapi simpan, simpan dalam hati dalam-dalam, kalau perlu, rebus buat air, lepas tu, minum buat ubat..hehe, gurau je.. :)

Ni baru la cinta kita, :)

Kalimah Cinta- In- Team

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Hadirnya aku nanti biarlah sebagai sayap kiri perjuangannya..

*Selamat Bermujahadah*




.:24 JAM: Melihat Dengan Mata Hati:.

Bismillah.

Segala puji bagi Allah dengan setinggi- tinggi pujian, apa lagi pujian yang lebih agung melainkan dengan memujiNya atas segala nikmat yang dikurniakan.

24 jam yang berlalu hari ini, benar- benar memaknakan diri ini sebagai seorang manusia. Manusia yang masih bertatih untuk mengenal erti kehidupan. Memerhati keadaan sekeliling yang mungkin sudah menjadi kebiasaan. Tapi kali ini, kebiasaan itu bertukar menjadi luar biasa, kerana ia dilihat dari dimensi yang berbeza, pandangan mata hati. Alhamdulillah, hidup ini terisi.

Bahagian I

Seawal jam 9.30 pagi, kereta Suzuki Swift milik sahabat ana, Athirah telah pun terparkir di hadapan pintu pagar, setia menanti. Ya, ada satu misi yang perlu kami selesaikan hari ni. Berbekalkan semangat yang kental, roh dan jasad ini bersatu untuk memulakan perjuangan. Perjuangan untuk memohon penggunaan makmal sekolah lama bagi menjalankan eksperimen Biologi unit 6, projek A-Level kami di kampus intec. Apapun cabarannya, akan cuba ditempuhi. Namun, apa sahaja keputusannya, biarlah Allah yang tentukan. Tawakkal ini hanya pada Dia.

Langkah demi langkah mula bertapak masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Satu stimulus yang cukup mendalam meresap masuk ke setiap sel darah dan plasma, terus dihantar ke otak dan cepat saja diterjemahkan ke otot dan kelenjar. Cukup menggamit rasa.

‘Arrrgggghhhhh….rindunya.. ‘ hati hanya mampu berbisik, bermonolog sendirian.

Masa cukup pantas berlalu. Dan sememangnya ana tak mampu untuk kejar masa tu, cukuplah memanfaatkannya sebaik mungkin. Sungguh, sudah hampir 2 tahun ditinggalkan tempat ni, Dunia dan zaman terindah ni. Oh sekolahku.

Dari kejauhan, langkah kami diperhatikan oleh beberapa orang guru yang sedang bertugas di dewan, kebetulan mereka bertindak sebagai guru yang stand by in case ada keperluan yang perlu dipenuhi oleh calon- calon SPM.

“Lama tak nampak dibah…” Tanpa disangka, diri ini disapa oleh guru tuisyen fizik ana sewaktu di tingkatan 4 & 5 dulu, juga merupakan ayah kepada sahabat ana, Ilyas yang juga ada bersamanya waktu itu. Ana tersenyum, akur dengan kata- kata beliau. Memang lama benar tak nampak wajah cikgu fizik terbaik sedunia ana ni sejak bermusafir ke intec. Wajah –wajah guru ditatap penuh kasih, mengundang rasa itu lagi. Rindu yang bersarang di hati. Setelah bersalaman, kami duduk berkongsi cerita. Dan mereka, masih sama. Sentiasa membuatkan kami selesa bila bersama.

Hajat yang terbuku akhirnya terlerai juga. Syukur, pinangan kami untuk menggunakan makmal diterima. Temujanji diatur berkat bantuan cikgu- cikgu dan tentu sekali pembantu makmal =) InsyaAllah, Isnin ni, kami sah disatukan utnuk sama- sama melayari bahtera eksperimen. Moga makmal ni ada ‘chemistry’ dengan kami.

Selesai berurusan, ana, Athirah dan Ilyas mula meninggalkan makmal. Kami melalui kaki lima di celah- celah bangunan untuk kembali ke dewan, sempat juga mengintai kelas kami sewaktu di tingkatan 5 dahulu, tapi hanya dari bawah. Bilik confra- t (bilk projek matematik), bilik robotik dan perpustakaan juga kami jenguk. Dan di sepanjang perjalanan itu, ana hanyut. Terbuai dalam kenangan. Terbayang kembali wajah- wajah sahabat yang dahulunya sama- sama mengejar impian. Memburu cita- cita yang cukup tinggi. Dan kini, mereka buktikan. Ramai yang dah jauh meninggalkan bumi Malaysia, merentas ke benua Rusia, Mesir, United Kingdom dan negara- negara lain. Berjuang atas kapasiti masing- masing.

Sepanjang perjalanan ke dewan, ana lebih banyak mendiamkan diri. Lebih suka memerhati keadaan sekeliling, mengamati setiap panorama yang terbentang di sekolah tercinta ini. Membiarkan saja Athirah dan Ilyas mengupas memori zaman persekolahan kami. Sesekali, ana tersenyum mendengar perbualan dan melihat gelagat mereka. Mereka tetap seperti dulu, persis. Tetap jujur dalam persahabatan. Dan ana juga akur, masih ingin menjadi sahabat mereka selamanya hanya kerana Allah.Oh, indahnya. Kenangan oh kenangan. Tapi itu dulu, fitrah masa berputar, semuanya akan terpahat menjadi kisah kami, Dan sekarang, mungkin pada mereka, ana dah banyak men’transformasi’kan diri, bukan lagi Adibah yang mereka kenal dahulu. Adibah yang dahulunya tak pernah berhenti bercakap dan selalu saja ada modal untuk buat mereka tertawa, tapi kini lebih banyak bersendiri. Maafkan diri ini, bukan niat untuk menjauhkan diri, jauh sekali untuk melupakan kamu sebagai sahabat.

Maafkan aku sahabat, mungkin aku pernah buat kau terluka dengan perubahan ini..tapi ketahuilah, aku tak pernah sekali pun melupakan kau sebagai sahabat..kadang- kadang, kau harus tahu, tak semuanya boleh terzahir melalui perbuatan..kau tetap sahabat sampai syurga meski kita tak lagi seperti dulu..aku ingin sekali kau tahu, aku lakukan semua ni demi sebuah prinsip..prinsip yang terbina atas syariatNya..aku sedar, bukan semua perkara aku boleh buat, walaupun aku rasa perkara tu tak salah..bukan juga semua perkara aku boleh ambil mudah, walaupun aku rasa perkara tu biasa- biasa sahaja..pada aku, mungkin itu betul, tapi aku bimbang, apa pandangan Allah nanti?” Jiwa merintih, namun biarkanlah.

Kerana pada ayat ini ana berpegang,biarlah selamanya menjadi pedoman..

“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

{Al- Baqarah: 216}

Apa lagi yang harus disangkalkan pada ayat ini? Sedang ianya datang daripada Allah, Tuhan semesta alam yang berhak ke atas diri ini.

Bahagian II

Kereta Suzuki Swift milik Athirah memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah lama, membawa ana jauh dari sekolah, meneruskan misi kami yang seterusnya. Ya, bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen, harus dibeli, paling kurang pun, mesti di’survey’. Perginya kami dari situ meninggalkan seribu kenangan. Kenangan yang takkan sesekali kami lupakan. Semuanya akan terpahat kukuh dalam memori.

Tiba kami di sebuah pasaraya. Kami membawa diri ke arah yang berbeza, Athirah ke bahagian kanan, dan ana pula ke ruang kiri pasaraya, mencari bahan masing-masing. Memandangkan ana selesai membeli barang terlebih dahulu, terus sahaja kaki ini melangkah ke kedai majalah berhampiran pasaraya tersebut. Majalan Laman berjaya meng’hijau’kan pandangan, namun akhirnya majalah Al-Islam yang berjaya mencuit hati. Majalah itu akhirnya menjadi milik ana.

Penuh khusyuk dibelek dan dibaca isi- isi Al-Islam itu sehinggakan ana terkejut apabila disapa oleh sahabat lama ana. Ana namanya. Berkali- kali mata ini digosok lantaran tak percaya apa yang dilihat di depan mata. Kali ini, Ana, sahabat seusia yang sama- sama berjuang di pusat tuisyen Bahasa Inggeris sewaktu di tingkatan 2 dahulu tampil dengan diri yang sangat berbeza. Bukan pada ketinggiannya, tapi pada wajahnya. Wajah yang sangat matang. Dan lebih mengagumkan, perut dan isi yang dibawanya. Ya, ana tak salah lagi. Dia bakal menjadi ibu. Oh bahagianya. Tapi kenapa seawal ini?

“Adibah ape khabar…Lama tak nampak…saya baru je berkahwin Februari yang lepas…Sekarang hidup dah berbeza..dah tak boleh enjoy sangat macam dulu ..kena fikir tanggungjawab nak jaga anak..baby dah nak lahir…sekarang saya sambung berniaga sendiri, nak bantu sara keluarga..”

Tersentak ana mendengarnya. Hampir saja air mata ini tumpah, namun sedaya upaya ditahan. Subhanallah. Sahabat seusia ana sudah matang memikirkan soal tanggungjawab menjaga anak, menyara keluarga. Sungguh kuat dia. Sahabat ana yang sorang ni bukanlah daripada keluarga yang senang tapi itulah yang membuatkan dia lebih kuat. Remaia seusia ini seharusnya memiliki peluang untuk menyambung pelajaran, mengejar cita- cita, tapi berbeza dengan Ana. Dia sangat hebat dan unik. Kesusahannya langsung tak mematahkan semangatnya untuk berjuang meneruskan hidup. Dan kini ana percaya dia telah pun menemui kebahagiaannya. Kebahagiaan melayari kehidupan berumahtangga dan berkeluarga. Dia bahagia degan cara dan kehidupannya.

Manusia melihat BAHAGIA daripada pelbagai pelbagai perspektif yang bebeza. Ada yang melihat bahagia hanya akan dicapai jika duit dan harta tinggi melangit. Ada pula yang mentafsirkannya dengan mengatakan bahagia itu apabila kita punya pangkat yang besar, disegani dan dihormati. Dan ada juga yang melihat bahagia itu adalah apabila hidupnya sederhana tapi penuh dengan kasih sayang, biarlah dirinya bukan siapa- siapa di mata manusia, tapi yang penting, di mata Allah.

Melihat dengan mata hati, membawa diri ini berfikir. Adakah ana setabah itu? Seringkali mengeluh kerana susahnya belajar, sedang ada di luar sana yang tak kesampaian untuk menyambung pelajaran. Selalu juga hati ini memberontak lantaran letihnya hidup, sedang ramai di luar sana yang lebih menderita, tapi tetap berjuang demi sebuah kehidupan. Ah, betapa jarang sekali diri ini bersyukur dengan segala nikmatMu.

Bahagian III

Malam itu, usai solat Isyak ana melangkah masuk ke bilik kakak ana yang sulung. Sudah lama benar ana tak luangkan masa bersamanya sejak dia berumahtangga. Tidak ana sangka, kini dia banyak berubah. Cara dia bercakap lebih matang dan menenangkan jiwa. Berkongsi pengalaman hidup dan saling mengingatkan satu sama lain. Kami juga berbincang tentang beza menutup aurat dan mem'balut' aurat bagi wanita. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ana gunakan peluang ini untuk membawanya lebih dalam tentang indahnya hidup bertuhan dan bersyariat. Syukur, akhirnya doa yang ana panjatkan selama ini dimakbulkan Allah. Alhamdulillah kerana dia dikurniakan suami yang mampu memimpinnya ke syurga Allah,dengan izinNya. Dan perkara yang sama juga ana harapkan berlaku pada kakak kedua ana, moga imamnya mampu membimbingnya memburu mardhatillah.

Ana juga belajar, bahawa dakwah itu bermula dengan diri sendiri apabila kakak sulung ana membuat kenyataannya,"Along akur, perubahan untuk along lebih berhati- hati menjaga aurat ni bermula sejak along malu tegok adik along pakai tudung walaupun dalam rumah sebab abang- abang ipar ada..Along nak jadi baik jugak.."

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Air mata keharuan akhirnya tertumpah juga. Syukur ya Allah. Syukur kerana Kau telah berikan hidayah kepada insan yang amat aku sayangi ini. Dari itu, megertilah aku. Dakwah itu sangat luas, dan biarlah kita menyampaikannya dengan cara yang penuh hikmah. insyaAllah, Allah bantu.

3.30 pagi.

Sudut meja belajar, Kamar Adibah, Baiti Jannati, Kemaman.

.:Say Alhamdulillah for Everything:.

Bismillah.

Mencari kekuatan di sebalik kekalutan.
Bukan hidup namanya jika tiada ujian.
Apabila diuji, seharusnya kita bersyukur,
Kerana itu tandanya Allah masih menyayangi,
Alhamdulillah,akhirnya ana temui.
Ayat suci al-Quran, memang tiada tandingannya.
Kalam Allah pasti sahaja mampu menjadi penawar hati.
Hati yang sering resah gelisah tatkala diuji,
Sepotong ayat ini, ingin ana kongsikan bersama,
Moga-moga menjadi sumber kekuatan kita bersama.

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,
tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan),
maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu,
hendaklah kepada Allah sahaja orang- orang mukmin bertawakkal."
{Ali- Imran: 160}

Hebat kan motivasi ayat ni? :)
Hai manusia,
Bukankah Allah ada di saat semua orang meninggalkan kita?
Bukan Dia tak tahu kesengsaraan kita, Dia cuma ingin menguji
Agar kita lebih kerap merayu dan merintih kepadaNya.
Tiadakkah Allah berkuasa menolong kita, di saat kita susah?
Demi Allah, hanya kepada Allah la tempat orang mukmin meminta pertolongan.

Dan, setiap bait lagu ini, sangat terkesan di jiwa.
Meniup kembali roh kekuatan ke setiap tulang- belulang.
Sungguh, diri ini benar- benar rasa ter'suntik'. (^_^)

"I Believe" by Irfan Makki feat Maher Zain

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

I believe I believe, I believe I believe

*Believe in ALLAH, and you'll find Allah is enough for you*

.:My Everything:.

.:My Everything:.

..:coReTAn diRi:..

Pengembara di bumi Tuhan yang mencari hikmah dalam setiap ketentuan. Menulis dari hati menemukan penulis dengan ketenangan.

..:dROp By:..

.:FoLLoWErs:.